Panduan Penyusuan Lengkap Susu Ibu Sehingga 2 Tahun

10/19/2016 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

Penyusuan lengkap susu ibu

Sambungan dari Bahagian 4: Bolehkah menyusukan bayi ketika denam

Alhamdulillah sebagai surirumah sepenuh masa di samping menjalankan bisnes sendiri mami berjaya melaksanakan penyusuan lengkap susu ibu sehingga 2 tahun kepada kedua-dua anak syurga mami.

Sebenarnya semasa anak sulong mami tak ada sebarang ilmu pun pasal penyusuan ni..tapi yang mami tahu mami memang niat nak susukan sepenuhnya sehingga anak 2 tahun seperti mana yang digalakkan dalam islam.

Alhamdulillah berkat rezeki anak, susu badan memang meriah walaupun mami tak amalkan sebarang produk untuk memeriahkan susu. Semuanya secara semulajadi.


Disebabkan mami sentiasa 24 jam bersama anak2, jadi mami sememangnya bagi direct susu badan kepada anak2. Kadang kala terpaksa juga perah sebab susu terlalu meriah sedangkan anak dah pun kenyang.

Dalam journey penyusuan lengkap ni, ada banyak cabaran yang mesti dihadapi. Ianya memang perlukan kekuatan mental dan fizikal tau terutama ibu-ibu yang bekerja. 😊

Utk menjayakan misi penyusuan lengkap selama 2 tahun ini, digalakkan ibu-ibu buat lah target supaya kita ada misi yang kita perlu fokus walau apa jua halangan yang tiba. Namakan misi ni sebagai misi anak syurga. Hihi😃

Tak perlu buat long term target (utk 2 tahun), nanti jadi lebih cepat stress. Contohnya, ada dugaan pada 2 bulan pertama, macam susu drop ke..kita mula lah rasa give up untuk teruskan selama 2 tahun. Yela, 2 tahun kot, lame tu! 😅

So, cuba buat short term target mcmni:

1) 2 BULAN

👶 selama tempoh berpantang, cubalah usaha dengan gigih utk menyusukan baby secara penuh, tanpa bantuan susu formula.

Tempoh ni penting sebab susu yang terhasil time ni ada kolestrum penting untuk antibodi baby kita tu. Lagi pun usus baby belum betul-betul matang untuk terima susu yg lebih pekat dan tepu.

Fasa ni jugak penting supaya rahim cepat kecut. 😊 Biasanya dalam tempoh berpantang ni jugak la susu badan lebih meriah daripada biasa.

Bagi ibu2 yang berkerja waktu ni boleh kumpul stok ebm sebanyak-banyak nya.

2) 6 BULAN

👶 lepas dah berjaya 2 bulan, letak target utk 6 bulan pulak. Tempoh ni yang dipanggil penyusuan secara eksklusif, sebab time ni baby fully BF tanpa solid food lagi.

6 bulan pertama ni penting untuk boost immune baby. Antibodi badan dia akan lebih kuat. Kita pun puas hati tgk dia membesar dgn susu kita je. 😍

Orang kata, kalau fasa ni berjaya, dah boleh dapat diploma on breastfeeding! 😍😍

3) SETAHUN

👶 lepas dah dapat diploma, teruskan lah lagi. Selalunya fasa ni agak mencabar sebab anak dah mula makan solid food. Bila dah makan, susu akan kurang. Bila demand kurang, takut supply pun kurang.

Tapi, ade je budak yang masih kuat menyusu walaupun dah mula makan. So kita sebagai ibu, jangan terpengaruh dengan kata2 org lain. Teruskan je fikir positif supaya supply sentiasa ada. Mind set yg positif sangat penting untuk menjayakan misi kita ni..😃

4) SETAHUN 6 BULAN

👶 target la untuk menyusukan anak sampai dia setahun 6 bulan pulak. Teruskan jaga supply vs demand supaya produktiviti susu tak terganggu.

Ingat, walaupun anak dah makan, susu yang dia minum pastikan masih susu ibu (jika target 2 yrs fully BF). Kurangkan air manis dan bergula sebab boleh rosakkan gigi anak..

5) 2 TAHUN

👶 kalau step 4 dah tercapai, teruskan lah untuk 2 tahun fully BF! Maksudnya, anda masih berjaya tak beli susu formula selama 2 tahun! Congratulations on your Degree of Breastfeeding! Yippiee 😍😍

Apepun, ianya bergantung pada keadaan masing-masing. Andai memang perlu campur susu formula, teruskanlah. Jangan bersedih, anda masih lagi ibu yang hebat!💪

Sebab tu ibu2 disarankan buat short term target, supaya walaupun kita tak achieve 2 years, kita dah achieve pada target tertentu macam yang dah dilist kan tu. 😊

So mommies, korang dah dalam fasa berapa sekarang ni?

Anda juga boleh mengamalkan Set 3M (Make More Milk) Shaklee yang terdiri daripada ESP dan alfalfa complex untuk mendapatkan susu yang lebih pekat dan berkhasiat! Anak kenyang, ibu gembira! Hee 😘😘

Teruskan membaca lebih banyak tips lagi di Bahagian 6: Tempoh Jangka Hayat Stok Ebm

Testimoni ibu-ibu yand sudah pun mengamalkan set 3M ni.

Set menyusu shaklee
Testimoni #1 Set 3M 

Ubat untuk banyakkan susu badan
Testimoni #2 Set 3M 

Produk untuk banyakkan susu badan
Testimoni #3 Set 3M 

Produk untuk milk booster
Testimoni #4 Set 3M 

Produk untuk tambah susu badan
Testimoni #5 Set 3M
Tak sabar dah ke nak dapatkan set menyusu ni?

Boleh klik pada poster di bawah atau hubungi mami pada nombor yang tertera untuk tempahan, pertanyaan dan konsultasi.



call/sms/whatsapp 016 2222 531

NURUL HUSNA (follow saya FB)

Sambungan dari Bahagian 4: Bolehkah menyusukan bayi ketika denam Alhamdulillah sebagai surirumah sepenuh masa di samping menjalankan bi...

0 comments: