Jahitan pembedahan ceaserian TERBUKA !!! Apa nak buat?

9/05/2017 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments


Bagi ibu-ibu yang baru lepas bersalin secara pembedahan ceaserian..biasanya luka jahitan akan mula bercantum pada bahagian luar seawal seminggu.
Itu pun bergantung juga kalau ibu-ibu sentiasa memastikan luka jahitan tersebut sentiasa kering.

Tapi tak perlulah sampai nak kena sentiasa kipaskan. Cukup dengan lap pada bahagian luka dengan tuala bersih selepas mandi.

Jangan tak tau..
Ada juga ibu-ibu yang mengalami kes di mana jahitan pembedahan ceaserian meretas.
Adoiyai !!!
Ngilu bila pikir...


Tapi ia nya tak la selalu berlaku..
Lebih kurang 1:100 je.

Apa punca jahitan terbuka?

❌Jangkitan kuman pada bahagian luka yang berasal dari kulit yang tidak bersih dan kering.

❌Ibu yang obesiti. Disebabkan lapisan lemak yang tebal dan keadaan perut yang berlipat-lipat. Jadi kawasan luka sentiasa lembap akibat berpeluh.

❌Ibu yang mengalami anemia. Jadi proses penyembuhan pada bahagian luka lambat berlaku.

❌Tidak mengutamakan kebersihan. Di mana ibu jarang mandi dan jarang membersihkan sekitar kawasan luka. Ini menyebabkan bahagian luka berpeluh dan berdaki serta dijangkiti kuman.

❌Mengabaikan pemakanan seimbang semasa berpantang.

❌Kurang minum air. Ini menyebabkan tubuh mengalami dehidrasi. Jadi melambatkan proses penyembuhan.

❌Terlalu aktif dan kerap bergerak.

❌Menyapu minyak pada bahagian luka. Perlu diketahui bahawa minyak boleh menjadi medium pembiakan bakteria.

Tanda luka pembedahan dijangkiti kuman

1. Mengalami demam berterusan.

2. Sakit pada bahagian luka.

3. Keluar cecair, darah atau nanah pada bahagian luka.

4. Bahagian luka pembedahan kelihatan bengkak atau kemerahan.

5. Tempat luka nampak berlubang atau terbuka.

Apa yang harus dilakukan jika mengalami situasi di atas?

Selain daripada segera menemui doktor.
Berikut antara tindakan yang ibu-ibu boleh lakukan.

1. Mengamalkan pemakanan seimbang (karbohidrat, protein, vitamin dan mineral) kerana badan memerlukan nutrien yang cukup untuk penyembuhan luka pembedahan.

2. Pengambilan air yang cukup boleh mengelakkan dehidrasi dan membantu penyembuhan.

Fakta mengenai pengambilan air semasa berpantang !!

Kalau dulu dulu nenek nenek tak bagi minum banyak air kan?
Katanya nanti urat kembang la..luka lambat baik la..

Bukan macam tu sebenarnya.
Pengambilan air kosong kena banyak .
Tambah-tambah lagi yang menyusu badan kan.
Yang sebenarnya pengambilan air kosong janganlah diambil banyak sekaligus, sebaliknya diminum sedikit sedikit tetapi kerap.
Itu baru betul..

3. Mengelakkan sembelit dan mengambil makanan yang tinggi serat.

Klik di sini untuk mengetahui tips untuk atasi sembelit semasa berpantang.

4. Mengambil vitamin terutama zat besi selama 3 bulan selepas bersalin terutama bagi penghidap anemia.

5. Mandi setiap hari. Lap sehingga kering pada kawasan luka. Boleh cuci kawasan luka dengan antiseptik.

6. JANGAN letak sebarang krim atau minyak pada kawasan luka.

7. Pastikan kawasan luka sentiasa kering.

8. Elakkan memakai bengkung selagi luka tak kering sepenuhnya untuk mengelakkan berpeluh.

9. Meletakkan tangan atau ampu dengan bantal atau tuala pada bahagian luka semasa batuk, bersin atau ketawa.

10. Kurangkan melakukan aktiviti regangan pada bahagian abdomen seperti menjemur kain atau mengambil barang dari tempat tinggi.

11. Lakukan aktivit fizikal yang ringan seperti berjalan untuk melancarkan peredaran darah bagi mengelakkan pembentukan darah beku pada bahagian luka.

Selain daripada 11 langkah di atas..
Anda juga boleh mengamalkan vivix shaklee sepanjang tempoh berpantang.

Apa itu Vivix Shaklee?


Boleh klik DI SINI untuk lebih lanjut..

Testimoni pengalaman ibu-ibu berpantang dengan vivix shaklee

Testimoni vivix untuk berpantang

Testimoni vivix untuk berpantang

Testimoni vivix untuk berpantang

Testimoni vivix untuk berpantang

Testimoni vivix untuk berpantang

Anda juga ingin membuat tempahan vivix.
Ikuti langkah berikut.


CARA ORDER VIVIX SHAKLEE

Cara 1 – Anda boleh terus klik ke VIVIX ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan.

Cara 2 – Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Batu Pahat, Benut, Pontian, Kluang, Ayer Hitam, Parit Raja dan lain lain tempat di sekitarnya, saya merupakan pengedar Shaklee Batu Pahat, Benut, Pontian, Kluang, Ayer Hitam, Parit Raja dan lain lain tempat di sekitarnya.
Call/SMS/WhatsApp: 016-2222531

Bagi ibu-ibu yang baru lepas bersalin secara pembedahan ceaserian..biasanya luka jahitan akan mula bercantum pada bahagian luar seawal se...

0 comments: