Rahsia untuk realisasikan impian - SET TARGET

1/14/2018 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments



Ingat tak lagi beberapa hari lepas Una ada share pasal vission board (VB)

Hari ni nak ambil peluang untuk cerita pasal TARGET pulak.

Sebenarnya tak ada beza sangat pun kedua-dua ni.
Cuma TARGET boleh ditampal atau dimasukkan dalam VB.
Itu je.
Senang kan paham.

TARGET ni Una akan buat setiap bulan.
Yelah sebab income shaklee adalah daripada BONUS.
BONUS pula dibayar setiap bulan.
So lebih senang kalau buat target untuk setiap bulan.

Jika tercapai TARGET ni secara tak langsung tercapai jugakla VB.

Apa yang nak ditulis dalam TARGET?

Bagi seorang bisnessman/woman
Anda boleh masukkan dalam TARGET anda;
✔berapa jumlah sales yang anda nak pada bulan/hari/minggu tersebut
✔berapa BONUS yang nak dicapai
✔berapa ejen/ahli baru yang nak direkrut
✔apa produk nak FOKUS untuk dijual.
✔berapa untung runcit
dan banyak lagi la.
✔berapa orang customer nak FOLLOW UP

Boleh jugak nak buat TARGET untuk jangka masa panjang.
Contoh untuk setahun.
Apa yang anda nak capai dalam tahun tu?

Contoh situasi pelajar UPSR.
-TARGET 6A UPSR-

So boleh letak piawai/TARGET untuk diri sendiri.
✔UJIAN 'X' nak berapa A atau berapa markah minimum yang mesti dicapai.
✔mesti habis ulangkaji topik 'Y'
✔mesti hafal sifir pada bulan MAC
✔mesti siapkan latihan dalam buku kerja 'Z' sebelum MEI.

Ni contoh je la.

Dah siap buat target.
Tulis besar-besar.
Tampal pada VB.
Tengok hari-hari dan baca kuat-kuat.

Boleh buat kan.
Senang je.
Daripada keje dok berangan je.
Baiklah kita visualize angan-angan kita dalam bentuk target ni.

Ibu-ibu atau cikgu-cikgu boleh start ajar anak/pelajar anda sekarang.
Bersama-samalah bantu mereka untuk realisasikan impian mereka.

Ni contoh impian anak-anak kecil berusia 7 tahun;


Love 💖
Nurul Husna
Founder Sirius Star Group

Ingat tak lagi beberapa hari lepas Una ada share pasal vission board (VB) Hari ni nak ambil peluang untuk cerita pasal TARGET pulak. ...

0 comments: