RESEPI ROTI BUN MANIS MUDAH TANPA GUNA BREADMAKER

3/03/2018 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments



Hari tu ada request supaya Una share resepi buat roti bun manis.

Actually resepi tu Una olah daripada resepi donat je.
Siapa yang suka roti bun potato yang di jual di giant tu memang wajib cuba.
Sebab rasa roti bun ni ala-ala macam roti potato tu.



Bahan-bahannya;

🔴4 cawan tepung superfine (tepung gandum pun boleh)
🔴2 sudu besar marjerin
🔴2 sudu besar susu pekat manis
🔴2 sudu besar gula pasir (kalau nak kurangkan manis boleh guna 1 sudu je)
🔴1 kotak susu segar full cream dutch lady (200ml)
🔴1 paket yis
🔴sedikit garam
🔴sedikit soda bikarbonat
🔴1 biji telur

Cara-caranya;

1. Suamkan susu segar terlebih dahulu.

2. Campurkan susu segar, susu pekat manis, gula pasir dan yis dalam bekas.

3. Biarkan yis tu mengembang.
So sebaiknya guna bekas yang besar supaya nanti tak membuak keluar dari bekas)

4. Sementara tu campurkan tepung, marjerin, garam dan soda bikarbonat.
Gaul sampai jadi macam serbuk roti.

5. Bila campuran yis tadi dah kembang, tuangkan dalam tepung, adun doh jadi kental. Kalau masih melekat di jari, tambahkan tepung. Tambah sikit-sikit dulu. ( Kalau naak campur kismis dalam doh pun boleh. Ikut tekak masing-masing)

6. Bila doh dah siap biarkan doh selama sejam.

7. Selepas sejam doh akan mengembang 2 kali ganda. Tumbuk-tumbum doh untuk keluarkan angin.

8. Kemudian bulat-bulatkan doh ikut saiz yang korang nak. Masukkan dalam loyang, bekas aluminium atau bekas cupcake.

9. Pecahkan telur. Sapu telur di atas doh.

10. Kemudian boleh hias doh dengan gula/bijan/parutan cheese .

11. Biarkan selama 30 minit. Supaya doh kembang balik.

12. Lepas tu baru bakar dalam oven 160°C selama 12 minit. (Una guna air fryer. Kalau oven boleh try 20 minit.)

13. Siap. Sedia untuk di makan.

SELAMAT MENCUBA !!

Hari tu ada request supaya Una share resepi buat roti bun manis. Actually resepi tu Una olah daripada resepi donat je. Siapa yang suk...

0 comments: