4 ALASAN KENAPA ANDA MEMERLUKAN MENTOR BISNES

5/20/2018 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments

Mentor bisnes shaklee

#1 – Kongsi Pengalaman Secara Langsung

Pengalaman adalah sesuatu yang tidak mampu dibeli malah dapat diperoleh daripada buku. Mungkin ada yang membukukan pengalaman perniagaan masing-masing, namun pastinya ada perbezaan yang ketara sekiranya anda mendengar daripada butir bicara mentor anda sendiri.

Selain itu, tidak semua pengalaman mentor dapat anda baca di dalam buku malah di kaca televisyen. Tetapi pengalaman-pengalaman yang begitu terhad untuk anda perolehi daripada mana-mana sumber kecuali semasa sesi mentoring.

#2 – Jalan Pintar Untuk Berjaya


Banyak kajian telah dilakukan bahawa dengan memiliki mentor adalah aspek penting untuk berjaya. Pada tahun 2013, 80 peratus CEO berkata bahawa kejayaan mereka banyak bergantung kepada pengajaran daripada mentor masing-masing.

Peluang untuk anda berjaya dalam perniagaan akan lebih terserlah dengan kehadiran seorang mentor. Nilai masa, pengalaman dan nasihat pastinya diperoleh daripada mentor anda masing-masing.

#3 – Peluang Jaringan (Networking) Yang Luas

Kebanyakan mentor yang berjaya memiliki jaringan perniagaan yang sangat kuat dan luas. Selain itu, pelabur mudah untuk mempercayai perniagaan yang dicadangkan oleh mentor-mentor yang sudah dipercayai.

Justeru, tidak mustahil anda yang berada dibawah seliaan mentor akan diberi peluang untuk bekerjasama dengan pelabur-pelabur tersebut. Hal ini merupakan peluang yang tidak dapat anda peroleh di mana-mana tempat yang lain.

#4 – Bantu Untuk Kekal Lama Dalam Perniagaan

Menurut SBA, 30 peratus daripada perniagaan yang baru ingin memulakan langkah berniaga akan tidak mampu untuk bertahan selepas 24 bulan pertama dan 50 peratus pula tidak mampu bertahan selepas 5 tahun berniaga.

Namun, tahukah anda bahawa 70 peratus perniagaan yang memiliki mentor mampu untuk bertahan melebihi lima tahun berniaga. Adakah anda masih teragak-agak untuk menjadi sebahagian daripada ‘Keluarga 70 peratus’ tersebut?

Masih tercari-cari mentor bisnes yang akan membimbing anda dalam bisnes online.

Inilah calon mentor bisnes yang mesti anda cari ↩
Mentor bisnes online

#1 – Kongsi Pengalaman Secara Langsung Pengalaman adalah sesuatu yang tidak mampu dibeli malah dapat diperoleh daripada buku. Mungkin a...

0 comments: