6 masalah dan perubahan kulit yang biasa dialami ibu hamil

8/14/2017 Pusat Tuisyen Minda Proaktif 0 Comments


Pertama sekali Una nak ucapkan tahniah kepada ibu-ibu yang sedang hamil.
Mesti kebanyakan nya tengah tunggu hari kelahiran si comel masing-masing.
Yer tak?

Actually baru-baru ni Una ada tonton rancangan ebubabypedia bersama Lisa Surihani & Yusry di astro ceria.
Salah 1 episodnya ada berkongsi 4 masalah kulit yang biasa ibu hamil alami.

Tapi dalam artikel ni Una gabungkan masalah dan perubahan kulit semasa hamil.

Supaya ibu-ibu dapat kenal pasti bahawa perubahan kulit tu mendatangkan masalah atau tak?
Jadi berbaloi or tak kerisauan ibu-ibu tu.

10 Perubahan Kulit Semasa Hamil, Bersedia Untuk Hadapinya

Ada yang hamil naik berat badan, muka jadi berjerawat dan kusam dan stretch mark.
Ini antara masalah biasa yang ibu akan alami.
Ada juga yang bernasib baik tak alami semua tu malah makin berseri-seri sehingga dipanggil seri ibu mengandung.
Don't worry & don't be khuatir...
Masalah ni semua berlaku bila hamil je..
Bila dah bersalin kembali la ke asal. Perubahan hormon orang kata.

6 Masalah atau perubahan kulit semasa hamil.

1. LINEA NIGRA (GARISAN GELAP SEPANJANG PERUT)




Linea nigra ialah garisan menegak berwarna gelap  pada tengah-tengah perut. Ia biasanya muncul bila dah masuk bulan ke5 kehamilan.

Boleh terukan membaca DI SINI untuk lebih lanjut.

2. CHLOASMA




Chloasma ni macam tompok-tompok gelap pada dahi, pipi dan leher.
Kalau yang jenis berkulit gelap, ia muncul sebagai tompok-tompok cerah.
Ianya  disebabkan oleh peningkatan hormon melanin iaitu hormon yang memberi warna gelap pada kulit.
Hormon ini melindungi kulit daripada cahaya ultraviolet.

Kalau selalu terdedah pada cahaya matihari, lagi gelap dan lagi jelas tompok-tompok tu.
Jadi kalau nak elak jadi lebih teruk, pakai la sunblock.
Jangan duk berjemur bawah matahari sangat.

Biasanya tompok ni akan hilang 3 bulan lepas bersalin.
Nak hilangkan dengan cepat, selepas bersalin boleh ambil GLA Complex.
Untuk stabilkan hormon dengan lebih cepat.

3. JARINGAN URAT (spider veins)




Hanya sesetengah orang je yang akan alamk masalah.
Ianya macam garis-garis halus kaler merah kt pipi yang biasa kita nampak kat pipi gebu baby tu.
Tapi kat baby tu nampak comel.
Kat ibu hamil nampak hodoh..
Sebab biasanya jadi padahan bahagian betis & paha.

Sebenarnya ia adalah kapilari-kapilari darah (salur darah halus).
Ia disebabkan oleh peningkatan isipadu darah dalam badan yang memberi lebih tekanan pada kapilari yang sememangnya lebih sensitif semasa hamil.

Untuk mengurangkan kemungkinan jaringan urat ini berlaku, lindungi muka anda daripada kesejukan atau kepanasan melampau kerana keadaan ini boleh menggalakkan pembetukan jaringan urat. Urat-urat ini akan hilang setelah tahap hormon mula stabil semula selepas bersalin.

4. RUAM DAN GATAL-GATAL

Masalah ni antara yang paling kerap Una alami.
Sejak hamil anak pertama lagi dah kena gatal-gatal ni.
Sampaikan langsung tak boleh pakai seluar.
Lagi senang peluh keluar lagi cepat rasa gatal-gatal tu.
Kesannya sampai sekarang Una alergik pakai seluar.
Nak pakai boleh, tapi bila dah start berpeluh terus kena tukar.
Kalau tak menggaru la seluruh kaki macam kena ulat bulu.

Gatal-gatal ni disebabjan peningkatan tahap hormon membuatkan kulit lebih sensitif bila bersentuhan dengan bahan-bahan tertentu yang biasanya tidak mempunyai kesan apa-apa. Contohnya, mungkin lebih sensitif terhadap klorin dalam kolam mandi.

Biasanya Una sapu dengan krim herbal blend je.
Alhamdulillah dapat kurangkan gatal.
Jika masih berlarutan ibu-ibu kena jumpa doktor ya.

Krim gatal


5. JERAWAT




Yang ni memang nightmare la..
Kata orang baby ambil semua seri mak nya..
Sebenarnya jerawat ni muncul sebab tahap hormon yang tinggi.
Jadi penghasilan sebum iaitu minyak menyebabkan liang-liang muka tersumbat dan mengakibatkan kulit jadi berminyak dan bintik-bintik hitam terbentuk. Kalau tak cukup protin masa hamil, bintik-bintik hitam ni lambat hilang.

Cucilah muka dengan kerap menggunakan pencuci muka yang lembut, dan gunakan pelembap muka tanpa minyak. Jangan gosok tempat yang berjerawat kerana ini akan membuatkan masalah ini lebih teruk.


6. TANDA REGANGAN @ Stretch Mark


Tanda regangan (stretch marks) ialah garis-garis halus berwarna kemerahan atau kecoklatan (bergantung kepada warna kulit anda) yang biasanya muncul pada perut, payudara dan paha.
75 - 90 % wanita hamil akan alami strethmark.
 Strethmark ni berlaku sebab kulit mengalami regangan bila berat badan makin bertambah.
Yang kurang kolagen lagi teruk kesannya.
Penting juga vitamin C makan waktu hamil ni, bukan setakat untuk imun tapi nak prevent kulit dari regangan melampau.

Tahap hormon yang tinggi turut mengganggu keseimbangan protein pada kulit dan menyebabkan kulit menjadi lebih nipis berbanding biasa.
Selepas bersalin, pigmentasi berwarna kemerahan atau kecoklatan pada tanda regangan ini akan beransur pudar dan garis-garis tersebut akan kelihatan lebih cerah daripada kulit di sekelilingnya. Tapi ada juga yang payah nak hilang.
Anda boleh mengamslkan ESP Shaklee sepanjang tempoh kehamilan untuk kurangkan kesannya.

Produk hilangkan scretch mark


Walaupun macam-masalah masalah kulit berlaku, tapi hamil adalah momen yang sangat enjoy.
Tak semua orang dapat merasainya. Jadi ape pun syukur selalu walaupun kulit tak cantik.
Lepas bersalin, boleh rawat semula.
Atau boleh amalkan set hamil ni..



Mahukan vitamin hamil untuk kekal cergas dan sihat, macam apa yang saya consume? Boleh hubungi saya di talian di bawah


Pertama sekali Una nak ucapkan tahniah kepada ibu-ibu yang sedang hamil. Mesti kebanyakan nya tengah tunggu hari kelahiran si comel masi...

0 comments: